Monthly Archives: September 2010

Kenapa penyelidik perlu menulis?

picture of old typewriter

Melakukan penyelidikan bukan sahaja melakukan penelitian, eksperimen atau kerja-kerja lapangan (meneroka, mengumpul sampel, membina prototaip dsb). Pada masa yang sama penyelidik juga perlu menghasilkan penulisan. Tugas penyelidikan sememangnya tidak dapat lari dari melakukan penulisan. Maksud ‘penulisan’ di sini bukanlah setakat menulis sebaris dua ayat atau menulis karangan tidak formal. Tetapi yang dimaksudkan adalah penulisan saintifik dan teknikal seperti artikel jurnal, buku teks dsb. Continue reading

Perasmian Pusat Sumber S&T

Selamat Datang ke Pusat Sumber S&T Lelucon. Laman blog ini akan memuatkan semua maklumat berkaitan S&T. Sebahagiannya merupakan kandungan daripada laman blog lelucon2020 (satu lagi blog saya) yang dipindahkan ke sini. Walau bagaimanapun, kandungan yang tidak berkaitan secara langsung dengan S&T akan kekal di lelucon2020.

Kepada anda, selamat berkunjung. Terima kasih kerana sudi bersama Lelucon 🙂