Habuk kayu jadi gula?

Habuk kayu boleh dijadikan gula

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

KUANTAN 28 Okt. – Habuk kayu yang dianggap sebagai bahan buangan kini mampu menghasilkan gula yang boleh digunakan sebagai bahan makanan, ubat-ubatan dan kosmetik.Menariknya, cetusan idea seorang penyelidik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini berjaya mewujudkan alternatif terbaik kepada pesakit kencing manis kerana gula tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan.

Menurut Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim, idea menghasilkan gula daripada habuk kayu itu tercetus apabila mengetahui negeri ini mengeluarkan sebanyak 2,520 tan bahan itu sebulan.

“Saya merasakan perlu membuat penyelidikan terhadap habuk kayu tersebut kepada bahan bernilai dan bermanafaat daripada ia dibiarkan begitu sahaja.

“Setakat ini habuk kayu hanya digunakan untuk penanaman cendawan, menghasilkan telur masin dan ternakan ayam.

“Malah, penghasilan gula daripada habuk kayu juga mampu menjana pendapatan lumayan kerana harga sekilogram habuk kayu hanya tiga sen tetapi menjadi RM1.20 sekilogram apabila ditukarkan kepada gula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis meraikan kejayaan cemerlang penyelidik UMP di British Invention Show 2010, London di UMP, Jalan Gambang di sini hari ini.

Mimi dan dua lagi penyelidik UMP yang juga Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Rosli Mohd. Yunus dan Dr. Zularisam Ab. Wahid berjaya memperoleh pingat emas dalam kategori masing-masing dalam pertandingan selama empat hari bermula 13 Oktober lalu.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Naib Canselor UMP, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Bagi Mimi, gula ciptaannya adalah terbaik jika dibandingkan dengan gula alternatif untuk pesakit diabetes kerana mengandungi aspartam.

“Aspartam yang berasaskan bahan kimia boleh menyebabkan tumor otak,” jelasnya sambil memberitahu semua jenis habuk kayu mampu menghasilkan gula melalui penyelidikannya.

Tambahnya, pada masa kini dia menghasilkan gula daripada habuk kayu jenis meranti dan cengal.

“Sudah tiba masanya kita menukarkan kepada gula alternatif ini kerana berdasarkan statistik dianggarkan kira-kira 2.37 juta rakyat negara ini mengidap diabetes menjelang 2020.

“Pengunaan habuk kayu juga mampu mengatasi masalah pembuangan sisa industri yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia,” jelasnya sambil memberitahu beliau menjalankan penyelidikan ini selama tiga tahun.

Katanya, setiap 40 kilogram (kg) habuk kayu mampu menghasilkan kira-kira 12 kg gula dalam tempoh dua hari.

Komen lelucon:

Sebelum ini saya pernah dengar gula dari ekstrak daun pokok Stevia jadi alternatif kepada gula tebu.

Nama saintifiknya STEVIA REBAUDIANA bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh mengganti gula. STEVIA merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap diabetis.
(Fakta daripada Dr. Julian Whitaker’s – MD Health & Healing, December 1994, Vol 4. No. 12). Diperolehi dari sumber : KOHALAL

Juga ada maklumat di laman web PMR. Sebenarnya gula (manisan) banyak sumbernya. Tapi nak kata lebih-lebih saya bukan penyelidik bidang ini. Jadi biarlah pengkaji dalam bidang berkaitan yang komen.

Saya berbangga kerana penyelidik di Malaysia sudah mula menceburi bidang-bidang penyelidikan yang sebegini, iaitu memanfaatkan bahan buangan. Melalui penyelidikan seperti ini akan dapat membantu meningkatkan pendapatan negara melalui penglibatan usahawan dalam bidang-bidang berpotensi, pengurangan kos pengurusan sisa pepejal dsb. Bab memanfaatkan serbuk kayu ni, orang kita dulu-dulu guna serbuk kayu ‘balut’ bongkah ais supaya tak cepat cair. Ada juga yang gunakan buat tampal rekahan dsb.

Namun dalam aspek ‘menyelamatkan alam’, saya juga berharap penyelidik dapat mengkaji dan menumpukan kepada cara mengitar semula bahan-bahan buangan tak-terbiodegradasi (tak mudah lupus) seperti polystyrene atau plastik, bateri, aloi dan sebagainya. Ini lebih kritikal berbanding bahan-bahan buangan bersifat semulajadi seperti serbuk kayu, hampas kelapa, pelepah kelapa sawit dan sebagainya yang boleh reput dan tidak meninggalkan kesan jangka panjang pada alam sekitar.

Apapun syabas dan tahniah kepada penyelidik terbabit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s