Penyaluran cahaya (light piping)

Jika diteliti pada permainan Transformers (yang terkini), terdapat satu teknologi yang dinamakan sebagai penyaluran cahaya yang digunakan untuk menambahkan ‘seri’ permainan tersebut. Teknologi ini digunakan pada bahagian kepala untuk menimbulkan kesan istimewa (special fx) berbentuk ‘mata yang bercahaya’. Sebelum wujudnya teknologi ini, mata watak Transformers hanya menggunakan pelekat (sticker) atau cat dengan warna tertentu (misalnya biru atau merah), atau diubahsuai menggunakan lampu LED dan sel bateri. Tetapi melalui teknologi pencahayaan ini, mata watak Transformers akan kelihatan seolah sentiasa bercahaya/bersinar tanpa memerlukan sebarang sumber tenaga selain pencahayaan dari persekitaran. Ianya dilakukan dengan meletakkan satu blok lutsinar yang menembusi kepala watak tersebut, dari bahagian mata ke bahagian belakang/atas kepala. Dengan cara ini, cahaya persekitaran akan melalui blok tersebut dan disalurkan kepada bahagian mata untuk menunjukkan seolah-olah matanya bersinar. Kaedah ini nyata berkesan dan efisien kerana kesan istimewa dapat dihasilkan tanpa memerlukan bateri atau sumber tenaga tambahan lain. Manakala ada pula yang menggunakan kaedah blok segitiga di atas kepala.

Mata Transformers bersinar dalam gelap (sumber: tfwiki.net)

Teknologi ini bukanlah baharu, dan bukannya diperkenalkan oleh pengeluar permainan Transformers. Teknologi penyaluran cahaya dikatakan telah lama wujud dan digunakan dalam pencahayaan bangunan (terutama oleh tamadun silam, sebelum wujudnya lampu elektrik). Hingga ke hari ini, teknologi ini sangat berkesan dan efisien kerana tidak memerlukan tenaga elektrik sebaliknya bergantung kepada cahaya semulajadi iaitu cahaya matahari.

Penyaluran cahaya matahari untuk pencahayaan bangunan (sumber: http://www.treehugger.com)

Berikut merupakan petikan artikel berkenaan penyaluran cahaya yang disalin dari laman web http://www.wisegeek.com/what-is-a-light-pipe.htm. (Artikel ini disalin kerana bercampur-baur dengan iklan di laman web asalnya.) :

A light pipe is a type of tube that is used to disperse or shift light. Light pipes can be used to send natural sunlight into a building, or they can be used to create artificial light within any type of structure. Most light tubes are placed inside of a building in order to capture sunlight from one area, and send that sunlight to a darker area. Light pipes can also be used to evenly distribute sunlight throughout an entire space.

Light pipes can be composed of various materials and substances. Pipes made from reflective material are the most popular sort. Reflective light pipes have been proven effective since the time of the ancient Egyptians, and they still work rather well today. This type of light pipe is composed of reflective material, often in the form of mirrors, that reflects and directs natural sunlight into a darkened area.

Other types of light pipes include optical fiber tubes, transparent tubes, and fluorescent pipes. The main difference between the numerous types of light tubes is in the way that they are used. Some light pipes are able to capture artificial or natural light while also creating a clear reflective image, while others simply act to send light from one area to another.

Recently, solar light pipes have become a viable alternative to traditional skylights. Solar light tubes have the ability to send more sunlight, or moonlight, into a space when compared with skylights. In effect, solar light pipes add more heat to a space when compared with the average skylight.

While a light pipe does not offer as much visual contact with the outside world as a skylight does, this is also one of the main reasons that light pipes are used in high security areas. Since the actual width and length of a light pipe is narrow, security risks are kept to a minimum. Various correctional facilities throughout the world install light tubes in order to add natural light to an area without creating a security risk.

Light tubes can also be used in various electronic items. When a smaller, intricate, light pipe is installed inside of an electronic device, these tubes are referred to as LED lights. While LED lights do not capture natural sunlight, they do act to send light from a circuit board to another section of the device. This type of light pipe is often molded from one piece of plastic making them easy to assemble and create.

Teknologi penyaluran cahaya (cahaya matahari) merupakan satu teknologi yang menjimatkan kos kerana cahaya boleh disalurkan ke kawasan/ruang yang gelap tanpa menggunakan sumber tenaga elektrik. Selain itu, penggunaan teknologi ini juga mesra alam kerana tidak menggunakan mentol pendaflour (kalimantang) yang dikatakan mengandungi kandungan raksa yang merbahaya kepada kesihatan manusia, mahupun mentol-mentol yang mengandungi gas-gas beracun.

Selalunya kita dapat lihat penggunaan atap lutsinar (skylight) untuk menambahkan pencahayaan secara semulajadi. Mungkin sekarang rakyat Malaysia sudah patut mempertimbangkan kaedah  untuk pencahayaan bangunan, rumah dan sebagainya menggunakan penyaluran cahaya pula. (contoh produk daripada Solatube)

Advertisements

4 responses to “Penyaluran cahaya (light piping)

  1. teruskan, saudara..teruskan memberi info pada kami untuk lebih semangat untuk lakukan research~!
    by the way, saya ingin mngucapkan terima kasih atas info mengenai “Tajuk: Guanxi – Microsoft, China and Bill Gates’ Plan to Win the Road Ahead”.. amat bermakna utk dibaca(sy baca post encik je, buku tak baca lagi).. anyway, recently China mmg lebih kehadapan / sama* dlm arus IT.. mcm2 kes kluar di paper, etc.. saya harap Malaysia mencontohi China dan America, tp ambil yg bersih, buang yg keruh~

    • Malaysia pun tak kurang hebatnya.

      Insya’allah, ‘perjuangan’ memerdekakan pemikiran dan memajukan diri takkan habis sampai kiamat. Ilmu yg bermanfaat ialah ilmu yg dipelajari dan kemudian diajarkan pula kpd orang lain. Sebaik-baik belajar ialah dgn mengajar. Sekdar menyampaikan. Terima kasih.

      Allah berfirman, (maksudnya) ‘Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa dlm kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan yang berpesan-pesan dengan sabar.’ (Surah Al-Asr, 103:1-3. Al-Furqaan/Al-Quran)

  2. assalamualaikum..boleh tolg tak…di malaysia ni ade tak bangunan yang menggunakan sistem ini.. Sebabnye saye berminat untuk membuat kajian tentang ini pada sesester akhir pengajian saye.. Terima Kasih

    • wslm sdri azimah
      Maaf, saya bukan pakar dlm bidang berkaitan.

      Tapi pd pandangan/pemerhatian saya (sbg aktiviti masa lapang), konsep penyaluran cahaya sudah banyak diterapkan pada bangunan-bangunan moden di Malaysia. Kalau tak silap, bumbung berkubah (Pusat Sains Negara) dan masjid-masjid besar pun ada menggunakan konsep penyaluran cahaya. Bagaimana dengan masjid besi Putrajaya?

      Satu keistimewaan rekabentuk masjid dalam tamadun Islam, selain konsep penyaluran cahaya, turut menerapkan konsep pengudaraan semulajadi. Pembinaan masjid-masjid lama yang terkenal dalam tamadun Islam menerapkan konsep ini.

      Cubalah ‘google’ 🙂

      dan kalau blh, cubalah cipta rekabentuk yg baru pula!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s